FeweTT Radio ~ R3ntak Cyb3r T3rkini

Rabu, Disember 29, 2010

Pagi Yang Suram

0 comments
As salam kepada yang selalu masuk² jenguk blok TT yang tak macam blog ni hehe. Sebenarnya pagi ni tak tau nak buat apa duk kat opis ni, so masuk blog rajin²kan diri menaip dan mengarut² kat sini hehe. Hari ni badan tak berapa nak ok sebab semalam migrain n hari ni sakit tekak plak. Nak telan air liur pun sakit hehe.

Hari ni cuaca di Kuala Terengganu nampaknya gelap dan hujan turun dalam keadaan renyai² n ada kalanya lebat hehe. TT sekarang ni berada kat opis. Sarapan pun belum lagi sebab tak sempat makan kat rumah tadi akibat tukang beli makanan lambat sampai, so TT gerak dulu ke opis dalam keadaan perut yang lapar hehe.

Lama dah tak jenguk² masuk blog ni, tengok² ada 2 komen yang tak diapprove n hari ni baru approve. Sekarang nak lupakan kesedihan n nak happy² plak hehe. Nanti bila dah ok semuanya TT akan kongsikan apa² je yang TT tau pasal alam cyber ni ye. TT pun newbie baru merangkak nak belajar hehehe.

Lani aktiviti seharian seperti biasa manage radio dan jugak forum. Itu je keje hari² selain pi opis hehe. Balik rumah je terus terkam pc balik tengok radio n forum. Kadang² bukak facebook tengok² apa yang berlaku kat dlm sana. Pastu bukak travian kejap kat server 5 tapi lambat la nak naik kg no 3, sabar jelah. Tapi suka lepak kat server arab hehe, laju je nengoknya jalan hehe.

Klah itu serba sedikit diari untuk hari ni. Hahahaha boleh ke wat diari kat blog ni, semua org duk baca n akan kata apalah TT ni angau sorang² duk bercerita hehe. Apapun thanks pada yang sudi membaca n jangan lupa follow TT ye, saje nak ramaikan kawan hehe...Chow dulu hehehe...

Isnin, Disember 20, 2010

Al-fatihah buat arwah MOHD FADZULLAH B MOHD NAJIB aka Apat

3 comments
Hari ni pun sama cam semalam, still takde keje kat opis, dahla blog aku wat ni tah apa2 tah, masukkan image duk still loading je, ke takleh nak letak image berat² hehe. Maklumlah newbie baru nak belajar berblog nih.

Nanti kalau dah pandai kalah semua org nanti susah plak kan hehe. Haa ni aku nak citer sikit, semalam fewett radio dah kembali beroperasi semua. Hilang terus rasa boring bila radio dah on balik. Dan jadi rajin nak taip entry ni tuk kasitau korang yang aku happy bila adanya radio hehe.

Aku pun terharu ada ramai jugak pendengar yang setia nak dengar aku mendj hehe. Thanks banyak² pada kawan² semua.

Tapi hari ini merupakan hari sedih bagi aku, kawan aku MOHD FADZULLAH B MOHD NAJIB aka SipoTribot Power aka Apat telah kembali Ke rahmatullah 4:15 am 20.12.2010. Sedih sangat² aku rasa hari ni. Dan tanpa aku sedari air mata aku terkeluar bila dibagitau yang arwah sudah tiada. Al-fatihah untuk arwah semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Aminnn. Arwah sangat baik pada ku. Merupakan kawan yang susah dicari ganti, sanggup bersama kawan² dikala susah atau pun senang.

Kenangan bersamamu akan tetap di ingatan. Segala bantuan dan pertolongan darimu moga dibalas dengan kebahagian oleh Allah swt. Aminnnnnnn....

Ahad, Disember 19, 2010

Pening Sudahhhhhh...

0 comments
Pening aku adehhh. Tadi tuk post yang pertama tu bukan main panjang aku taip, lenguh tangan last² yang kuar 2,3 kerat tu je ampesss. Tu aku kata aku tak pandai main ngan blog nih. Silap haribulan kena bakar plak blog ni hahahaha.
   Adehh sabo jelah tulis panjang² kuar pendek je. So pada yang rasa otai dalam bab² blog ni leh ajar aku ye. Nanti aku upah lolipop satu sorang hahaha. Kat bawah ni aku letak balik banner fewett radio yang kalau ikut asalnya aku letak kat post pertama tapi tak kuar hehehe. Oh lupa tadi kata nak pi solat zohor. Klah away dulu hahaha daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Bosan Hukhuk...

0 comments
Aku sebenarnya bosan yang teramat sangat hari ni. Dahla radio jem. Tak elok² lagi radio. Pening den dibuatnya huhu. So nak hilangkan boring aku aku godek² blog, edit², reka² last2 jadilah camni sekarang ni blog aku hahaha. Kosng takde apa.
   Sebelum ni blog aku ni diberi nama tt-fewett-enterprise.blogspot.com dan sekarang bertukar kepada ajeepp.blogspot.com. Dulu blog ni penuh dengan software², lagu, movie n segala macam mak nenek aku letak. Lepas tu aku bosan dah letak aku biarkan camtu tanpa buat apa². Tau sebab apa? Sebab aku memang malas bab² nak tulis² ni huhu. Hari ni pun aku rasa sebab terlampau bosan tak tau nak buat apa, tu yang gatal² godek blog nih hehe.
   Lepas ni tak tau la bila plak nak menulis hahaha. Mungkin kena tunggu tahun depan plak kot time bosan giler cam hari ni baru aku tulis balik kat blog ni hehehe. Dan aku duk berharap sangat hari ni radio akan kembali pulih cam sediakala. Lenguh dah nak menjawab mana radio mana radio ekekeke.